Ipoh War Memorial terletak berhadapan Stesen keretapi Ipoh. Memorial ini bertujuan memperingati orang yang telah mati mempertahankan negara pada perang Dunia Kedua. Bentuk tugunya itu sederhana sahaja dengan bentuk kiub yang memiliki tapak yang besar dan semakin semakin menirus ke atas. Di setiap bahagian tugu tersebut memaparkan teks yang memuatkan sejumlah informasi tentang tujuan tugu itu dibina dan kepada siapa penghormatan itu diberikan.