Kebanyakan pihak berkuasa bandar atau pekan membina pelbagai replika sebagai tanda mercu tempat tersebut. Di pekan Ketereh, Kelantan, buah gajus dipilih sebagai replika yang menjadi kemegahan penduduk pekan tersebut kerana Ketereh merupakan nama bagi buah gajus dalam sebutan orang Kelantan.